Wednesday, January 6, 2010

Mana Mungkin.

Sudah berapa lama perasaan ini hadir? Sejak aku kenal dengannya hampir setahun yang lalu. Aku menjadi begitu obses dengan wanita ini sedangkan aku tahu siapa dia dan statusnya. Puas aku pujuk hati dan perasaan aku bahawa wanita ini milik orang tapi entah kenapa aku tidak bisa.
Di mana dia tinggal, siapa lelaki yang bertakhta di hatinya, teman-temannya malah di mana tempat yang dia suka berkunjung, aku tahu semuanya.
Aku pernah beberapa kali menghubungi melalui talipon, pada pertama kali tutur katanya biasa saja tapi ramah bila aku mengenalkan diri yang kami pernah berjumpa beberapa kali. Dia melayan aku dengan baik sekali dan bertanya macam-macam perkara yang berkaitan dengan kerja-kerja yang kami terlibat bersama.
Entah mengapa selepas daripada itu aku menjadi seperti orang yang begitu kemaruk (obses) dengannya.
Selepas daripada itu panggilan aku beberapa kali menjadi kemarahannya kerana aku berterus terang yang aku amat suka dan tertarik dengannya dan mahu menjadikan dia sahabat rapat memandangkan dia sudah pun berpunya.
Panggilan demi panggilan aku selepas itu tidak mendapat jawapan, hinggalah suatu hari aku menerima sms meminta aku tidak mengganggunya lagi kerana dia sudah punya suami dan anak-anak.
SMSnya aku balas dan memohon maaf di atas ketelanjuran hati dan perasaan aku terhadapnya. Aku hanya mahu menjadi jujur dengan apa yang aku rasa dan apa yang ada di dalam hatiku.
Aku tahu dia memiliki cinta hati dan permata yang amat cantik dan tidak ternilai harganya. Mana mungkin aku menjadi taruhannya.